Sertai Geng Travel

^^SKROL KE BAWAH UNTUK LINK EXCHANGE^^

Monday, October 11, 2010

2
Komen
MENADAH AIR BUKIT DI JALANAN PART 2


Belajar dari pengalaman kali pertama sebelum ni, kali kedua ni saya came back to Ulu Yam dengan beberapa strategi baru. Strategi 1, saya tak turun lagi sebelum atau sebaik sahaja selepas subuh sebab masa tu adalah peak hour untuk menadah. Maka saya bergerak adalam kul 11 pagi ke sana, dalam kul 2 petang dah leh menadah..3 jam save tu Bro. Kalau dalam research ni satu penjimatan masa yang sangat significant.



Strategi 2, saya bawak 5 tong terus baru macho, alang-alang dah tunggu berjam terus la menadah secara pukal, 5 tong bleh la bertahan 2-3 minggu. Strategi 3, bawak siap2 makanan untuk combo breakfast n lunch, segala macam buku motivasi, tips2 beli rumah, majalah business, solusi, kosmo. 3 jam menunggu pun rasa macam 30 minit je.

Sambil duk tunggu tu saya sembang la ngan penadah2 tegar yang lain, majoriti mereka ialah Pokcik, Mokcik yang berumur 60-70 tahun. Diaorang bagitau saya dah berpuluh-puluh tahun diorang amalan minum air bukit ni. Alhamdulillah takde kena sebarang penyakit n masih sihat wal’afiat n masih larat untuk mengangkat tong2 air. Diaorang pun ada kasi minum kat cucu diaorang yang baru usia 6 bulan. Kalau air tu dah tak elok dah lama cucu tu dah dapat kembung atau cirit. Geng2 veteren ini jugak bagitau saya air yang dah ditadah ni tak payah direbus dah..nanti hilang segala khasiat n mineral nye..loorrr…..baru saya tahu, sebelum ni saya tak konfiden nak minum mentah, balik saya rebus la satu kali..


Sori arr..saya snap satu foto je..sbb tu dari Part 1-Part 2 semua foto yang sama..nanti bila saya dah beli camera baru, saya snap foto dari angle yang baik punya..

Khusyuk duk dengar celoteh veteren2 tu, giliran saya nak menadah dah sampai..apa lagi tadah la..untuk pengetahuan Anda, ada 4 batang paip menadah air bukit ni dan setiap paip tu mengeluarkan air pada kelajuan yang berbeza.. mengikut kata penadah tegar kat sini kata dulu batang paip ni adalah batang buluh je…agak baru ianya di upgraded. Air bukit yang ditadah ni memang jernih tanpa sebarang keladak. Pendek kata, lebih jernih dari air paip di kilang dalam kawasan perindustrian MARA dan rumah teres kat PJ (tu pendek yang kata ye, panjang tak kata apa2 ka?).

Setelah selesai menadah air lebih kurang kul 3, saya bergegas pulang untuk melakukan aktiviti berfaedah lain pulak antaranya mengupdate blog sambil menikmati khasiat air bukit.

Nantikan sambungan ceritale MENADAH AIR BUKIT DI JALANAN: PART 3 untuk entri seterusnya.

Travel Tips:
  1. Pasang strategi untuk melakukan sesuatu aktiviti termasukla travel menadah air.
  2. Bila jumpa orang tua masa Travel, bersembang la ngan mereka sbb lebih manyak makan garam n sarat ngan info serta petua yang nak diperturunkan.
Coretan: The Traveler & Geng Travel Shahrom









Traveler
Chief Excutive Officer

dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com

2 comments:

  1. air bukit tuh dtg dari mne eh?
    air hujan gak kan?
    mcm tgh tnyer kt penadah2 tegar plop
    hahha

    ReplyDelete
  2. air semula jadi punca air dari kawasan bukit yang hijau dan kawasan jauh dari pencemaran..kalu yang nie rasa pon beza.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...