Yeezaa…Bersua lagi kita di Menadah Air
di kaki Bukit Di Jalanan. Kali ni saya mengekalkan ketiga-tiga strategi
penadahan sebelum ni. Tenyata ianya amat mujarab. Setibanya saya di sana, baru
ku tahu rupa2nya dah ramai yang tahu khasiat luar biasa untuk kesihatan yela
bile pegi je pasti jumpa org yang berlainan tapi yang membuatkan saya lebih
bersemangat bile warga2 emas yang sanggup menunggu berjam2,semakin berkobar2 lah
saya rasa nak menadah.
Masa beratur , saya terus bertanya
pada seorang Pokcik Cino, “duk mana kat sini?” Lalu dijawab, “Pakcik mai dari
Klebang, Ipoh Mali, Perak”, orang yang duk mai tadah ayaq kat sini ada mai dari
merata la kiranya”. Kira-kira air bukit nie dah terkenal diserata
tempat..berdasarkan pemerhatian rawak saya, kebanyakan yang datang adalah
golongan yang veteren n Chinese. Saya pun tanya lagi Pokcik tadi mana dia tahu
tentang air bukit n apakah khasiatnya? Pokcik tadi bagitau ada kawan dia bagitau
yang air bukit Ulu Yam ni pernah dikaji oleh seorang Professor dan findings nye
mendapati air bukit ini mengandungi banyak bahan mineral semulajadi yang tak
tercemar, pH air ni pun sama dengan pH air ECPI (sama dengan rasanya) dan
kandungan kumannya hanya 0.0001 % sahaja. Penemuan ini pernah tersiar dalam
akhbar Cina. (Mungkin Prof ni tak publish dalam mana jurnal akademik yang
bertaraf scopous..hehe..) Saya mengeluh panjang “Ohhh macam tu rupanya…”
Perasaan ingin tahu saya membuak2, saya
pun tanya nape orang tadah pada setiap paip yang berbeza kenapa tak tumpu
je di paip yang mempunyai kelajuan air yang paling laju kan cepat bleh blah?
Pokcik tadi bagitau,setiap air yang keluar memang sama sekali tak sama rasanya
(tapi kalu tak perasan rasa nye lebih
kurang je) saya pakai tong 6 gallon kalau paip paling laju boleh penuh dalam 7
minit je tapi kene ingat untuk paip nie airnye tak lah sebagus paip2 yang lain
bab yang nie paling lama pun boleh tahan 3 minggu je dan rasanya akan berubah
jadi payau2..biasa saya tadah yang sedang2 laju je nie makan masa 13-20 minit
ikut kelajuan, yang ini bolah tahan sampai 2 bulan tanpa rasa ape2..tapi the
best air yang paling pelahan duk keluar setitik2 yang nie bagus tuk
penglihatan.(dah try memang jadi) Ambik air tu bersihkan kat mata
setiap pagi. InsyaAllah mata akan sentiasa segar dan penglihatan jelas. Sungguh
menarik tu pasal mata ni..boleh buat research ni..silap bleh dipopularkan macam
Permata Hijrah .
Masa terus berjalan hari semakin
petang semakin lama duk sana banyak tul penagalaman2 yang dikongsi..memang tak
rugi lah.
kelebihan2 lain kalau guna air nie
untuk masak biasanya nasi memang lambat basi,memang baik lah untuk kesihatan
contoh kencing manis, darah tinggi dengar otai2 cite semuanya beransur baik (tapi
takda lah sepenuhnya) badan pun lebih sihat dan bertenaga.
Selain itu, Pokcik tu bagitau kayu
penutup longkang ni juga dipasang oleh seorang kontraktor Chineese yang selau
amik air kat sini untuk memudahkan orang ramai melsayakan aktiviti penadahan.
Lepas tu macam2 lagi la saya bertanya kan Pokcik tu sampai terlupa nak makan n
baca buku2 motivasi yang dibawa.
Begitula serba sedikit pengalaman
Travel menadah air bukit di jalanan Ulu Yam yang dapat dikongsi bersama dari
Part 1 sehingga Part 3. Jika nak merasa sendiri pengalaman tersebut, kena la
bertandang ke sini. Mungkin 3 strategi saya dah tak berkesan sebab dah kantoi
di blog, oleh itu pasang la strategi masing-masing ye..
Travel Tips:
- Peka dengan setiap perkara disekeliling Anda semasa Travel untuk ditanyakan pada mereka yang lebih arif.
- Minta je nasihat, pandangan dan bersembang la ngan siapa saja especially masa Travel tanpa mengira bangsa..kita kan 1 Malaysia
Coretan : The Traveler & Geng Travel Shahrom
Traveler
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
No comments:
Post a Comment