Sertai Geng Travel

^^SKROL KE BAWAH UNTUK LINK EXCHANGE^^

Monday, November 8, 2010

6
Komen
Apa Erti Saya Menganut Islam?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,



Apa Erti Saya Menganut Islam? Satu persoalan yang dipandang mudah bila dilihat dari satu sudut pengertiannya, namun satu soalan yang amat sukar dijawab bila dilihat dari sudut pelaksanaannya. 

Saya percaya, majority Anda pernah mendengar soalan “Apa Erti Saya Menganut Islam?” yang mana satu buku agama tulisan Fathi Yakan. Malah, mungkin ada yang pernah khatam berkali-kali buku ini. Secara jujurnya, saya tidak pernah membaca buku ini dan sekadar mendengar tajuk buku ni beberapa kali sejak di bangku sekolah menengah lagi. Anda mesti tertanya2 kan, saya sendiri tidak pernah membaca buku tu, tapi tiba2 nak tulis entri pasal persoalan ni...

Sebenarnya dalam entri ni, saya bukan lah nak buat ulasan buku Fathi Yakan, tapi sekadar berkongsi tazkirah subuh yang saya dengar ketika pegi Family Day di Cherating minggu lalu. Saya bukannya Ustaz, sekadar ingin berkongsi ilmu yang saya pernah dengar di pagi yang hening. Penyampai tazkirah tu menyatakan bahawa seseorang yang mengaku dia adalah seorang Islam mestilah memenuhi 3 ciri ini.

1.    Seorang Islam tidak menyusahkan orang lain.
2.    Seorang Islam sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
3.    Seorang Islam membalas setiap perbuatan orang lain walaupun perbuatan buruk ke atasnya dengan kebaikan.

Adakah kita semua memenuhi ketiga2 ciri orang Islam tu? Saya percaya Anda semua memenuhi atau sedang berusaha ke arahnya.

Ciri No. 3, saya berpendapat satu ciri yang amat jarang dan sukar dipraktikkan oleh kita semua. Ini kita mengimbau kembali sirah Nabi Muhammad S.A.W ketika Rasulullah dibaling batu, najis dan macam objek lagi di Taif. Dengan ketinggian akhlak dan kesabaran Rasulullah membalas perbuatan buruk penduduk Taif itu dengan mendoakan kebaikan supaya Allah membuka pintu hati mereka untuk Islam. 

MasyaAllah, memang hebat akhlak Rasulullah, cuba bayangkan kalau kita berada tempat Rasulullah, apakah tindak balas kita bila dah kena baling macam gitu sekali?.

..Mari kita sama2 bermuhasabah dan ingat bila orang buat JAHAT pada kita sebelum ni, adakah kita membalas dengan kebaikan atau keburukan?

Travel Tips: Buat baik, buat la selalu, buat jahat JANGAN buat langsung.

Traveler
Chief Excutive Officer

dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com

6 comments:

  1. Satu tazkirah yang ringkas tapi padat..kita kena selalu ingat 3 perkara tu..saya amik No.2 tu..Seorang Islam tak menyusahkan orang lain..contohnya..membuang sampah merata2..itukan satu tindakan yang menyusahkan orang lain..

    fikir2, selamat beramal

    ReplyDelete
  2. satu contohnya yang tepat dan simple..buang sampah ye..arrr..aku tak nak buang sampah merata2 lagi

    ReplyDelete
  3. Betul tu kata Ustaz tu..sedar tak sedar kita byk buat perkara yang menyusahkan orang tanpa disedari.

    ReplyDelete
  4. pembetulan sikit...bukan No.2 tapi No.1 contoh yang saya utarakan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...