Sertai Geng Travel

^^SKROL KE BAWAH UNTUK LINK EXCHANGE^^

Sunday, October 10, 2010

0
Komen
MENADAH AIR BUKIT DI JALANAN PART 1


Pernahkah Anda mendengar tentang ceritale air bukit…Saya berpendapat dalam 90% tak pernah ada pengalaman ni mahupun mendengar kisah ni…Entri hari ni saya ingin berkongsi suka-duka menadah air bukit dan apakah khasiatnya.

Mesti Anda tertanya-tanya lokasi PANAS ni kan..kat sini saya bongkarkan RAHSIA tu
secara umum..lokasi nya adalah Ulu Yam, pada KM (kilometer) berapa lu cari la sendiri. ceritanya bermula macamnie......

Dah lama saya perhatikan kenapalah ramai sangat orang duk tadah air bukit nie, sedap sangat ke? ape yang hebatnya sampai berselera tunggu lama2...semakin lama tertanya2 tanpa jawapan..itu yang membuatkan saya excited nak try. 

Maka bermulalah kisahku dengan air bukit. Persediaan bermula sejak malam lagi, mula2 mesti dapatkan tong dulu . saya  pegi cari kat kedai2 kecik memang susah   nak dapat, selepas tu kedai besar pula jadi sasaran dan akhirnye  jumpa jugak. Puas bila dapat beli. Keesokan harinya, sebelum Subuh lagi saya bangkit dari tido dengan semangat penadahan yang membara. Sebaik je selesai solat Subuh, saya terus ke sana berbekalkan 1 tong besar yang dibeli di NSK Selayang berharga RM 20 untuk melsayakan aktiviti menadah. Sebaik je sampai di lokasi, sudah berderet2 orang menunggu giliran dan makin ramai berduyun-duyun ke tempat tadahan.

Saya apa lagi, terus saja park 4WD ku di bahu jalan dan turun dengan macho membawa tong tadi untuk beratur menunggu giliran. Masa tu saya ingatkan saya lah orang paling macho sebab bawa 1 tong besar NSK, ternyata andaian ku meleset..orang lain bawa berdozen-dozen tong n tong lagi besar dari saya. Tak kisahla 1 tong pun jadila Labu dari yilet.

Lebih kurang 3 jam kemudian baru saya dapat mengisi air..Fuhh..lapar dan bosan tahap gaban, tahap dewa menunggu.semua aksi baring, duduk, berdiri, bersenam saya buat untuk mengisi masa 3 jam tu..…apapun oklah berkat kesabaran tadi dan doa ibubapa, atuk nenek saudara-mara, atuk nenek dan sahabat handai dapat jugak saya mengisi air bukit dengan jayanya..

Jumpa lagi di Menadah Air Bukit di Jalanan Part 2..tunggu ye jangan tak tunggu..
Lebih banyak ceritale yang saya nak share dan jugak tips yang Anda semua tak tahu..

Travel Tips:
  1. Masa bertandang ke sini, pastikan Anda betul2 fit yakni betul2 sihat.
  2. Untuk mengisi masa menunggu bawa la makanan secukupnya, bahan bacaan atau pun notebook, bleh jugak update blog.
  3. Pegi sorang je, tak payah anak bini, kawan, unless mereka juga mempunyai tahap kesabaran macam Anda dan mau jugak menadah air bukit.
Coretan: The Traveler & Geng Travel Shahrom



Traveler
Chief Excutive Officer

dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...