MULA MENCARI DAN MENEMPAH PENGANGKUTAN SERTA PENGINAPAN?
Kalau Anda tidak menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, dua perkara ini perlu anda lakukan sendiri iaitu mencari serta menempah pengangkutan (seperti flight ticket, train, etc) dan penginapan. Selalunya di peak season seperti cuti sekolah, tempahan di saat akhir amat menyulitkan. Kemungkinan besar anda gagal melakukannya kerana tiada lagi tempat untuk anda dalam tempahan penerbangan atau hotel penginapan. Justeru, anda perlu bersiap sedia seawal mungkin bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda. Seperti Air Asia, jika anda mahu menempah tiket penerbangan secara online untuk pakej yang disediakan, anda perlu melakukannya beberapa bulan lebih awal.
SENARAIKAN APA YANG PERLU DIBAWA
Ini anda boleh semak di artikel A-Z Checklist, apa yang perlu dibawa ketika bercuti. Jangan lupa untuk menyenaraikan apa yang perlu dibawa. Setelah siap berkemas, semak semula barang-barang anda agar tidak ada yang tertinggal. Juga jangan pula membawa barangan yang tidak diperlukan, buat menambah beban bagasi anda sahaja. Anda juga perlu bijak menyusun barangan di dalam bagasi agar ia tidak kelihatan kembung, bagaikan mahu bercuti lebih dari tempoh yang anda tetapkan. Dengan membawa barang yang diperlukan, tidak perlulah anda membelinya di destinasi percutian anda dan ini juga boleh menjimatkan bajet untuk membeli-belah.
AGENDA PERCUTIAN
Rancanglah apa yang ingin anda lakukan dari hari pertama hinggalah terakhir dalam siri percutian anda ini. Selain lebih terancang, anda juga mampu menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Jika menggunakan khidmat agensi pelancongan, biasanya mereka sudah menyediakan jadual percutian anda dan ini amat menyenangkan. Namun ada sesetengah agensi pelancongan yang membawa anda membeli-belah di tempat yang agak mahal untuk mendapatkan komisen yang lebih tinggi, jadi anda kenalah sedia maklum dengan perkara ini. Moral of the story, anda perlu juga melakukan kajian tentang destinasi yang ingin dituju dan juga dapat mengetahui tempat-tempat menarik.
Traveler
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
sungguh sempurna tips ni
ReplyDelete