Sertai Geng Travel

^^SKROL KE BAWAH UNTUK LINK EXCHANGE^^

Tuesday, October 5, 2010

5
Komen
TRAVEL TO MACAU: TRAVELING DAY


Macau adalah destinasi pengembaraan cuti-cuti luar negara yang pertama saya pegi. Masa tu rasa sangat happy sebab 1st time katakan pergi oversea for vacation. 


Saya menaiki penerbangan AirAsia dari KLIA ke Macau Airport yang mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Dalam penerbangan tersebut secara kebetulan saya duduk di sebelah seorang pelajar universiti dari Macau. Apalagi, bagi mengisi masa sepanjang penerbangan tersebut, saya mengajukan pertanyaan kepadanya tentang keunikan dan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Macau.

‘Keunikan’ yang pertama dia bagitau saya ialah kebanyakan orang Macau hanya boleh bertutur dalam bahasa Cina atau Portugis. Terkejut beruk saya dibuatnya, ni lah reaksi saya bila dengar statement tu, “Hah! Most of the Macau people can’t speak English”. Saya terus terbayang, nanti ibarat komunikasi itik dan ayam, seekor mematuk dan seekor lagi menyudu (ni bahasa kelate saya guno)..How to survive???.Maka, saya terus bertindak pantas dengan mengeluarkan buku 555 dan dengan selambanya saya mintak pelajar tu tulis dalam Cina destinasi di Macau yang saya nak kembarai. Sayangnya, buku 555 saya tu dah hilang, kalau tak boleh saya scan dan letak kat post blog ni sebagai kenangan. Pelajar tu juga bagitau Macau ni satu negara yang mengekalkan peninggalan bersejarah penjajahan Portugis, ala-ala Melaka. Selain itu banyak juga tempat-tempat menarik lain seperti Macau Tower, Tulip Bloosm dan Macau ni terdapat banyak casino.

Asyik bersembang, tak perasan cepat masa berlalu yang penerbangan ini dah hampir sampai di Macau Airport. Pilot telah membuat pengumuman pendaratan kepada semua penumpang. Semasa mendarat, saya tengok melalui tingkap yang kiri kanan depan semua nya laut sahaja…kalau terlajak terus tenggelam masuk laut..itu keindahan pertama yang saya nikmati dalam pengembaraan ke Macau. Airport dia berhampiran dengan laut, yelah Macau ni merupakan Kepulauan, tak banyak tanah macam negara kita.

            Selepas siap pemeriksaan imigresen, passport pun dah di cop, dengan bangga nya nak tunjuk kat sini page passport saya dirasmikan… saya terus bergegas dapatkan bagasi. Pada waktu ni kawasan airport pun dah agak lenggang dan agak sunyi…Ish! Siapa agaknya saya nak tanya ni mana nak dapat teksi ke hotel ni. Di hujung airport terdapat kedai serbaneka 24 hours yang dijaga oleh seorang gadis macam minah Salleh. Saya seraya bertanya kat mana nak dapatkan teksi. Gadis tu pun tak fasih sangat berbahasa Inggeris, dia pun memberikan direction pada saya menggunakan isyarat sahaja. Saya saja gatal mulut tanya macam-macam soalan lagi pada dia, sekali dia bantai jawab dalam bahasa Portugis da…melompong saya dibuatnya.

Saya terus pergi mendapatkan teksi berpandukan direction yang diberikan tadi. Setibanya di hentian teksi, saya tunjuk je buku 555 yang dah tertulis dalam Cina nama hotel yang nak saya menginap pada malam tu. Untuk pengetahuan semua, teksi Macau, pintu penumpang akan ditutup oleh pemandu teks...BERSAMBUNG DAA..MY BABY DAH BANGUN N MINTAK SUSU,,

TERUS MEMBACA PENGALAMAN TRAVELING DAY TO MACAU IN NEXT ENTRI





Traveler
Chief Excutive Officer

dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com

5 comments:

  1. I like your story...tak sabar nak tunggu sambungan cerita you tu

    ReplyDelete
  2. berapa harga tiket g macau tu??

    ReplyDelete
  3. best la cite ni..bila nak sambung cite ni..tak sabar menanti ni

    ReplyDelete
  4. @Faez

    tak berapa ingat la harga nye..dan harge senantiasa berubah mengikut season n bila kita beli

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...