East Coast Mall atau lebih dipopular dengan singkatan EC Mall dan ECM. ECM merupakan kompleks membeli belah paling popular (walaupun Kedai buku Popular takde dalam ECM) terbaru dan terbesar di Kuantan, Pahang. Ia mempunyai 5 tingkat dengan kemudahan parking di basement dan juga ditingkat atas.
Macam-macam ada kat ECM ni, Carrefour, Parkson , Butik Pakaian Seed, Nike, Adidas , Restoren KFC, The Chicken Rice Shop, Pizzahut, SushiKing, cinema GSC pun ada. Boleh dikatakan hampir semua jenis perniagaan ada di sini. Bagi aku kekurangan ketara kerana satu farmasi (contohnya Guardian dan Watson) pun takde dalam ECM ni dan selain Restoren fastfood McD yang popular dikalangan rakyat Malaysia juga takde di sini. Sejak ECM dibuka pada 2008, kompleks membeli belah Megamall (dulu merupakan kompleks membeli belah paling glamour di Kuantan) yang terletak kurang 5 minit perjalanan mulai lenggang. Bukan setakat pengunjung beralih arah, peniaga juga ramai berpindah ke ECM.
Antara kelebihan utama ECM menyediakan tempat parking yang banyak dengan bayaran RM1 per entry (so, janganla parking kat tepi ECM, confirm kena saman ngan MPK), berhampiran dengan terminal bas Kuantan dan Stadium DarulMakmur, dan mempunyai pasaraya besar Carrefour yang beroperasi sehingga jam 11. Kalau berkunjung ke Kuantan, ECM ni adalah salah satu detinasi yang Anda wajib kunjungi.
Travel Tips :
- Kalau ada niat nak cari ubat, kat sini TAKDE FARMASI..So kena la cari kat luar. Kempunan nak makan burger Pakcik berjanggut Putih pun tak dapet nak tulun..kena pegi cari kat Megamall atau Teluk Chempedak
Traveler
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
No comments:
Post a Comment