Oh Tidak! Saya kena saman lagi...sekarang ni saya
menjadi pengumpul saman tegar..setiap tempat ada saman..tapi semua dah
dibereskan..tak sanggup tengok BMW Malaya ku kena clamp n ditunda..jatuh
saham bro..
Pada 22/8/2010 saya parking kete sebelah
ECM (saya dah lupa tarikh dia), niat nak naik cari pampers anak kejap je...kuar
dari Carrefour beli pampers, ternampak lak MBS Bookstore, saya terus menuju ke
dalam. Asyik duk baca buku di MBS, tup2 dah 6.15p.m..dah 30 minit saya kat
dalam. Saya kena cepat ni nak hantar wife naik bas lak 6.30 p.m.
Sampai je kat kete, ada surat ‘cinta’ dari
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terselit di viper kete...adus...saya
kena saman lagi...sebab nak cepat nak hantar wife kat terminal bas
Kuantan, saya terus amik dan simpan surat saman tadi laci dashboard tanpa
melihat amaun saman dan deskripsi kesalahan tu (sebelum tu sila cuba teka
berapa rengget saman tu)...lepas wife dah selamat naik bas dan selamat
berlepas saya masuk kete dan barulah saya amik balik surat saman tu untuk
dibaca.
Saya buka perlahan-lahan saman tu, perkara
pertama saya tengok ialah amaun saman (biasala manusia sekarang semua tentang
pulus)....dalam benak saya, mesti RM10 je ni (pengalaman lepas), jangkaan saya
silap, sekali RM30 daa..termenung saya..terus tengok apa kesalahan tu,
menghalang laluan pili bomba. Yang saya konfiden park kete kat situ,
sebab tengok banyak je kete park tepi ECM tu, hari Ahad..sebelum ni mana
ada MPK keje public holiday, jam pun dah dekat-dekat kul 6 ptg..RM30 tu
bukan rezeki saya..rezeki MPK..bayar saja la..
Mesti korang ingat saya kena saman main2, ni DIA..Sori kualiti gambar kurang memuaskan...saya baru jumpa balik surat cinta ni setelah sekian lama dibuat perkasam..
Travel Tips:
- Kalau pegi shopping ECM walaupun sekejap, masukla parking ECM, hanya RM1 je per entry dari kena saman RM30 macam aku tadi.
- Patuh la pada peraturan dan undang-undang walau di mana Anda berada pada setiap masa dan hari.
Traveler
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
naik BMW tu...banyak makan wang..haha padan muka kena saman..ala 30 je ..setel je
ReplyDeleteala biase lah bro..org kalo pki bmw mmg slalu cri tmpt parking yg akan disaman...
ReplyDelete