Sertai Geng Travel

^^SKROL KE BAWAH UNTUK LINK EXCHANGE^^

Tuesday, October 5, 2010

1
Komen
TIPS DAPATKAN PERCUTIAN SEMPURNA PART 1

TENTUKAN KATEGORI PERCUTIAN ANDA

Memilih kategori percutian tertentu membolehkan anda menumpukan sesuatu aktiviti yang ingin anda lakukan. Contohnya, jika anda memilih kategori rekreasi dan ingin berkayak di arus deras, pastinya anda akan lebih memberikan tumpuan pada aktiviti tersebut.


DESTINASI YANG INGIN DITUJUI

Pilih destinasi yang ingin anda tuju sama ada local atau oversea. Anda boleh surf internet, lakukan kajian terlebih dahulu, kemudian barulah dikenalpasti keputusan akhir. Buat senarai beberapa tempat yang anda suka dan kemudian pilih satu antaranya. Anda juga boleh bertanya kepada kenalanyang mungkin pernah berkunjung ke tempat itu sama ada benar-benar menarik atau sebaliknya. Pemilihan sesuatu lokasi percutian juga bergantung kepada bajet. Jadi periksa ‘RM’ anda, adakah ianya membenarkan anda untuk meneruskan impian bercuti di destinasi yang dipilih.


DENGAN SIAPA?

Paling menyeronokkan jika bercuti bersama keluarga mahu pun kenalan yang ‘sekepala’. Anda haruslah memilih teman sepercutian yang tepat agar tidak menimbulkan sebarang masalah kelak. Sama ada secara berkumpulan atau seorang dua, pastikan kumpulan percutian anda ini menyeronokkan. Dan lakukan perancangan bersama-sama agar ianya berjalan lebih lancar dan mendapat keputusan yang sama rata. Jika boleh, lantiklah seorang ketua untuk mengepalai rombongan anda itu terutamanya membabitkan bilangan yang ramai.


AGENSI PELANCONGAN @ FREE AND EASY?

Anda juga boleh terus merujuk pada agensi-agensi pelancongan untuk mengetahui tempat-tempat menarik selain kemudahan yang disediakan. Jika anda memilih untuk mengikuti agensi pelancongan, pastikan ianya sah dan dikenali. Jangan sampai tertipu, bayaran sudah dibuat tetapi anda tidak dapat melancong. Dengan agensi pelancongan, segala-galanya akan diuruskan. Tetapi ada juga agensi pelancongan yang hanya menguruskan pengangkutan pergi dan balik, makan minum dan penginapan sahaja. Agenda percutian terpulang kepada anda. Atau pun anda memilih untuk redah saja destinasi yang dipilih iaitu mengikut konsep free and easy. Ia memang memberikan sepenuh kebebasan untuk anda tentukan sendiri agenda tetapi mungkin juga bakal menimbulkan kesukaran dari segi pengangkutan, penginapan, makan minum (terutamanya jika destinasi tersebut sukar mencari makanan halal) dan sebagainya. Jadi anda perlu bersiap sedia untuk melalui cabaran itu.

Traveler
Chief Excutive Officer

dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...