- Pastikan semua dokumen penting dibawa berasa terutamanya passport dan visa.
- Semak semula perancangan percutian anda. Agak sukar untuk melakukan perubahan terutamanya dari segi penginapan dan pengangkutan apabila sudah sampai ke destinasi terutamanya jika negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaran seperti Macau, China, Jepun, Korea dan Perancis.
- Belilah insurans perlindungan ketika melancong. Anda perlu bersiap sedia di atas segala kemungkinan. “sediakan payung sebelum hujan”.
- Jangan menampakkan anda seperti pelancong dengan membawa peta dan camera merata tempat. Kemungkinan untuk dirompak atau ditipu boleh berlaku kerana ramai peragut menjadikan pelancong sebagai sasaran mereka. Juga, tinggalkan barangan berharga seperti barang kemas, jam berjenama dan sebagainya untuk mengelakkan perkara ini.
- Lekatkan
tag yang tertulis nama, nombor telefon dan alamat di setiap bagasi yang dibawa. Ia membantu anda sekiranya hilang atau dicuri.
- Beritahu pada keluarga atau kawan rapat tentang percutian anda dan nyatakan sekali hotel penginapan anda agar mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.
- Check tahap kesihatan anda. Juga dapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan dijangkiti virus yang berkemungkinan terdapat di destinasi tersebut. Bawa ubat-ubatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pengesahan dari hospital atau klinik tentang ubatan yang anda bawa supaya tidak dituduh pula mengimport barangan terlarang.
Traveler
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
Chief Excutive Officer
dR_916 Sdn. Bhd. - Take 5 for Travel Tips
dtravelog@yahoo.com
http://traveltips4life.blogspot.com
No comments:
Post a Comment